Jun 17, 2006
SELAMAT HARI 'ABAH'



Dia menjadi orang pertama menyambut kelahiranku. Selepas itu dia perdengarkan AZAN di telingaku sejurus aku lahir. Tangannya adalah tangan pertama memegangku.

Lalu aku ditatang sepenuhnya bersama wanita paling istimewa dalam hidupnya iaitu ibunya. Suasana rumah dibentuk agar putera harapan dididik menjadi apa yang dicitakannya. Ingin dihindari anasir negatif yang mungkin menjadi duri dalam daging dalam hidupku. Tidak mahu aku menjadi racun dalam hidupnya. Bahkan diharap menjadi penawar yang amat bermakna.

Hari pertama aku ke tadika, dia yang menghantar. Pulang juga bersamanya. Bilik kerjanya menjadi persinggahanku sebelum balik ke rumah. Tahun seterusnya dibiarkan aku di tadika sehingga waktu kerjanya tamat.

Bila masuk sekolah rendah, Namun begitu, dia masih memberikan layanan istimewa. Segala kehendakku diturut. Mahu menyertai lawatan, perkhemahan dan sebagainya diizinkannya. Jika aku tidak meminta

Dari kecil aku mesti meminta izinnya jika hendak ke mana-mana. Sekalipun aku tiada kampung namun kekampung kawan ku dengan orang lain. Sekiranya dia tidak mengizinkannya, aku tidak boleh meneruskannya. Aku juga dilatih membuat keputusan sendiri. Seawal melangkah ke alam persekolahan di peringkat rendah, aku memilih sekolah yang mahu aku jejaki.Cukup dengan harga diri dan gaya seorang perwira negara,kerna dia seorang ASKAR.

ABAH. Gelaran keramat yang tidak mungkin aku berikan kepada orang lain selepas kali pertama pandai menyebutnya untuk lelaki istimewa dalam hidupku. Dia juga kesayanganku.

SELAMAT HARI ABAH...HARI-HARI, HARI ABAH...dari anakmu yang cukup nakal dan yang sering menentang arah dan pemikiran...MAAF BAH...


Posted at 02:19 pm by roin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry





roin
ROIN-...aku yg disukai seni...
   

<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

seni tetap indah walau dimamah usia...-ROIN-

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed